'Alhamdulillah...'


Azura menerima sumbangan daripada pegawai khas ADUN, Zaim.


KUALA TERENGGANU, 14 Mei - Lafaz syukur itu diluahkan pesakit yang sedang menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), Azura Sulong, ketika menerima bantuan keperluan dan wang tunai daripada Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Ladang, di kediamannya semalam.

Beliau merupakan antara penduduk DUN berkenaan yang mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang, Dato' Tengku Hassan Tengku Omar, untuk menerima bantuan bagi meringankan kos rawatannya.

Pegawai Khas ADUN Ladang, Zaim Azfar mewakili wakil rakyat itu bersama beberapa orang pegawai Pusat Khidmat DUN hadir menziarahi Azura serta menyampaikan bantuan sempena Ramadan kepada individu-individu terpilih yang memerlukan.
Antara penduduk yang menerima sumbangan daripada pusat khidmat DUN.

"Rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) memerlukan kos yang tinggi dan semoga sumbangan ini dapat membantu menampung kos rawatan tersebut.

“Sebagai Muslim, kita harus saling membantu kerana perumpamaan orang-orang Islam dalam berkasih sayang dan bersaudara adalah seperti tubuh. Jika salah satu anggota tubuhnya mengadu kesakitan maka anggota-anggota lain juga akan ikut merasakan panasnya dan tidak tidur malam," katanya.

Dalam pada itu, Pusat Khidmat DUN turut menyampaikan sumbangan kepada tiga lagi individu yang diuji oleh Allah dengan kesakitan sebagaimana yang diamanahkan Tengku Hassan bagi membantu masyarakat di kawasannya.





Sumber: teganukita.net