10 Filem Terbaik Menurut IMDb Yang Perlu Korang Tonton


Dah berapa banyak filem yang sudah dihasilkan tapi tak semua filem mampu menarik minat semua orang untuk menontonnya. Jadi kali ini Ohmedia nak kongsi dengan korang semua 10 filem terbaik menurut Internet Movie Database atau IMDB yang korang kena tengok!

The Shawshank Redemption

Sumber gambar dari Vanity Fair
Filem ini dihasilkan pada tahun 1994 yang dibintangi oleh Tim Robbins dan Morgan Freeman, di mana ia ditulis dan diarah oleh Frank Darabont. Movie ini diadaptasi dari karya novel Stephen King, berjudul Rita Hayworth and Shawsank Redemption. Filem ini mengisahkan seorang banker Andy Dufrense, dibawa oleh Tim Robbins yang menghabiskan hampir 20 tahun di Shawsank State Prison diatas tuduhan membunuh isteri dan kekasih gelapnya meskipun tidak melakukan perbuatan tersebut. Diceritakan, filem ini mendapat pujian dari para pengkritik filem.

The Godfather

Sumber gambar dari The Economist
Filem ini antara filem lama yang mendapat rating tertinggi dari IMDb. Filem ini diadaptasi dari novel dengan tajuk yang sama, karya dari Mario Puzo dan ia dihasilkan pada tahun 1972. Movie ini berkisarkan kehidupan keluarga mafia dari Itali yang menetap di Amerika Syarikat, keluarga mafia yang paling berkuasa dan berpengaruh yang menguasai bisnes pelacuran, perjudian dan juga minuman keras. Sehingga satu hari telah berlaku satu konflik, menyebabkan salah seorang anak mafia bertindak membalas dendam setelah kematian bapanya. Anak tersebut kemudian mengambil alih kuasa pemerintahan mafia di Amerika Syarikat.

The Dark Knight


Sumber gambar dari Youtube
Filem ini merupakan sekual dari filem sebelum ini, Batman Begins di mana filem The Dark Knight ini ditayangkan pada tahun 2008. Filem ini berlatarbelakangkan kota Gotham yang dijaga oleh Batman, dilakonkan oleh Christian Bale. Dalam filem ini Batman bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan untuk membendung kegiatan jenayah di kota berkenaan setelah berlaku satu rompakan yang diketuai oleh Joker, lakonan Heath Ledger. Namun pihak berkuasa tempatan telah berpaling tadah akibat terjebak dengan rancangan jahat Joker, menyebabkan Joker terus melakukan jenayah dan membuatkan imej Batman nampak jahat.

Pulp Fiction

Sumber gambar dari Rolling Stone
Filem ini ditayangkan pada 1994 yang ditulis dan diarah oleh Quentin Tarantino dimana filem ini dipecahkan kepada beberapa chapter yang tidak berurutan dan saling bersilang antara satu sama lain. Filem ini menyajikan korang filem gangster dari perspektif yang berbeza dari filem gangster yang sepatutnya. Teraju utama filem ini dibawa oleh John Travolta sebagai Vincent Vega dan Samuel L. Jackson sebagai Jules Winfield.

Inception

Sumber gambar dari NPR
Filem ini dihasilkan pada tahun 2010 yang dilakonkan oleh Leonardo Di Caprio sebagai Dom Cobb. Dom Cobb merupakan seorang perisik korporat khas yang tugasnya ‘ekstrak’ maklumat penting dan berharga secara rahsia dari minda tanpa-sedar ketika sasaran mereka sedang bermimpi. Suatu konfilk telah berlaku saat Dom Cobb melakukan tugas berkenaan bersama team nya. Filem ini diterbitkan dan diarah oleh Christopher Nolan yang turut dibintangi barisan pelakon terkenal seperti Ken Watanabe dan Tom Hardy.

The Lord of the Rings : The Fellowship of the Ring

Sumber gambar dari Britannica
Filem ini ditayangkan pada tahun 2001 dimana ia mengisahkan perjalanan epik seorang pemuda bernama Frodo untuk memusnahkan sebuah cincin kepunyaan kuasa jahat bernama Sauron, dimana cincin berkenaan digunakan untuk menakluki tanah-tanah di Middle Earth. Namun Frodo tidak pergi sendiri, dia ditemani dengan hobbit, ahli sihir, pari-pari dan orang kerdil. Malangnya, perjalanan epik ini menjadi sukar setelah beberapa peristiwa berlaku. Filem ini kemudiannya mempunyai sekual bertajuk, The Lord of the Rings: The Two Towers, tahun 2002 dan The Lord of the RIngs: The Return of the Kings tahun 2003 yang diarahkan oleh Peter Jackson.

The Matrix

Sumber gambar dari IndieWire
Filem ini ditulis dan diarah oleh adik-beradik Wachowskis yang dibintangi oleh Keanu Reaves, Laurence Fishburne, Carrie-Anne Moss, Huho Weaving dan Joe Pantoliano. Filem ini menggambarkan masa depan yang tidak stabil, di mana manusia ketika itu tidak terperangkap didalam sebuah realiti simulasi yang dikenali sebagai Matrix. Matrix adalah sebuah mesin yang dicipta oleh mesin pintar yang tugasnya untuk mengalihkan perhatian manusia semasa menggunakan badan mereka sebagai sumber tenaga. Penggodam bernama Neo yang kemudiannya mengetahui perkara sebenar telah bekerjasama dengan sekumpulan pemberontak bagi membebaskan diri dari cengkaman mesin berkenaan. Filem ini dihasilkan pada tahun 1999.

Parasite

Sumber gambar dari Medium
Filem asal Korea ini telah telah ditayangkan pada 2019 dimana filem ini mengisahkan kehidupan Gi Taek lokanan Song Kang Ho dan keluarganya yang menganggur, tinggal disebuah semi-basement apartmen yang lembap dan dipenuhi dengan serangga. Namun suatu hari anak lelaki Gi Taek, Ki-Woo telah mendapat pekerjaan, bekerja sebagai tutor untuk seorang anak perempuan dari keluarga kaya. Ki-Woo menggunakan ksesempatan itu untuk menarik keluarganya dari kemiskinan. Maka satu simbiosis antara keluarga kaya dan miskin pun terjalin namun tidak bertahan lama. Untuk info filem ini telah diarahkan oleh Boong Joon-Ho dan telah memenangi angurah di Festival Fillem Cannes, Perancis tahun lepas.

Interstellar

Sumber gambar dari Empire Online
Filem yang dihasilkan ini mengisahkan usaha seorang ahli fizik NASA, Profesor Brand yang dilakonkan oleh Michael Caine untuk menyelamatkan umat manusia dengan memindahkan mereka menggunakan Worm Hole ke “rumah” yang baru setelah Bumi tidak lagi selamat untuk didiami pada masa hadapan. Bagi menjayakan misi ini, seorang bekas juruterbang NASA, bernama Cooper yang dilakonkan oleh Matthew McConaughey dan sekumpulan penyelidik dihantar mencari “rumah” baru melalui worm hole dan melintasi galaksi. Untuk info, filem ini ditayangkan pada tahun 2014.

Saving Private Ryan

Sumber gambar dari Empire Maagzine
Filem yang ditayangkan pada tahun 1998 ini merupakan filem dengan tema perang yang berlatarbelakangkan Perang Dunia ke-2. Ceritanya bermula apabila tentera Amerika Syarikat berjaya menwan markas tentera German di pantai Ohama. Namun kesannnya Amerika kehilangan banyak tentera dan salah satu yang terbunuh adalah Sean Ryan. Setelah disiasat, Sean Ryan merupakan salah seorang dari empat saudara yang bernama Ryan. Dua dari Ryan berkenaan juga telah terbunuh. Yang tinggal hanya James Francis Ryan, saudara paling bongsu. Captain John Miller yang dilakonkan oleh Tom Hanks akhirnya ditugas bagi menyelamatkan James Francis Ryan berkenaan. Filem ini diarahkan oleh Steven Spielberg.


+ Baca respon pembaca mengenai 10 filem terbaik menurut IMDb yang perlu korang tonton di Facebook Oh!Media



Sumber: Oh! Media