ADUN Ladang Bantu Pembinaan Dewan Terbuka SK Seri Budiman

Dato' Ku ketika menyerahkan sumbangan untuk dewan sekolah tersebut.

Oleh : Yana

KUALA TERENGGANU, 18 Jun - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang, Dato' Tengku Hassan Tengku Omar menyampaikan sumbangan wang tunai bagi membantu pembinaan dewan terbuka Sekolah Kebangsaan Seri Budiman, di sini, Selasa lalu.

Beliau yang turun melawat perkembangan pembinaan dewan terbuka itu berkata, sumbangan tersebut bagi membolehkan pihak sekolah memasang jubin untuk hasil akhir yang lebih baik.

"Ini cuma satu bentuk kecaknaan pihak kami bagi memastikan keselesaan para pelajar dalam menjalankan aktiviti di sekolah," jelasnya.
ADUN Ladang meninjau dewan yang dibina. 

Kunjungan berkenaan turut diiringi para pegawai Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Ladang dan disambut guru besar, Salleh @ Mokhtar Ismail, para guru dan wakil Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG) sekolah itu.

Dalam pada itu, beliau sempat berbincang mengenai perkembangan permasalahan sekolah yang diajukan oleh pihak sekolah untuk diberi perhatian.

"InsyaAllah, pihak kami akan cuba mencari solusi dan membantu setakat yang mampu bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi," katanya.



Sumber: teganukita.net