Almy Nadia Naik Angin Gara-Gara Bau Durian Dalam Kereta

Posted on Thursday, June 18, 2020 | 6/18/2020



Pelakon Datin Almy Nadia memuatnaik satu posting menerusi Instagram Story di akaun miliknya meluahkan rasa bengang apabila kereta yang dinaikinya berbau durian ketika perjalanan pulang dari Raub, Pahang ke Kuala Lumpur.

Menurut Almy, dia tidak tahan dengan bau buah tersebut kerana telah menyebabkan kepalanya sakit. Walaupun isteri kepada Datuk Fizz Fairuz makan durian dan tempoyak, dia tetap tidak boleh ada durian di dalam kereta kerana itu membuatkannya cari penyakit.

Raub ke Kuala Lumpur punya lah sakit kepala, hampa nak tau sebab apa!! Dalam kereta ada durian musang king tau..apa perasaan hampa kalau jadi kami ya..mood ke laut dalam. Pantang mak nenek moyang dalam kereta ada durian, pasang aircond, hang boh la petua apa pun mampos tak jalan ya..jadi kesudahan perang dunia lah jawabnya..hambikk.

Kami makan durian, kami makan tempoyak tapi kami tak boleh ada durian dalam kereta..itu boleh cari penyakit ya!!!!! Mood ke laut dalam tengah. Disebabkan bau durian ya dalam kereta dalam perjalanan yang tak sampai sejam setengah, boleh buat perang dunia tau!! Dan disebabkan bau durian juga dalam kereta aku langsung tak boleh bangun ya!! Nahhhh ambikkkk.

Sumber: Astro Gempak

Sumber: Astro Gempak

Korang ada tak mengalami masalah yang sama seperti Almy? Kalau korang nak tahu, Raub adalah tempat yang mempunyai pelbagai jenis durian dan kebanyakannya durian musang king dijual dengan harga yang sangat murah tau!?

OHMEDIA: DURIAN LAH BUAH KEGEMARAN OHMEDIA!

Kredit: Astro Gempak | Instagram

+ Baca respon pembaca minat durian di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 6/18/2020

0 comments:

Loading...