--> Skip to main content

Percutian Keluarga Dalam PKPP Berakhir Tragedi


HULU TERENGGANU, 18 Jun  - Keghairahan percutian 18 sekeluarga dari Kampung Kemunting, Batu Rakit, Kuala Nerus, yang berkelah  di kawasan air terjun Belukar Bukit di sini, pagi tadi berakhir dengan tragedi apabila seorang daripadanya ditemui lemas.

Dalam kejadian sekitar jam 11  pagi itu, mangsa, Muhammad Affizie Irffanshah Mazita @ Jamal, 14 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Zainal Abidin, telah berenang secara bersendirian
sempat meminta tolong sebelum dilihat tenggelam.

Salah seorang ahli keluarga,  Hairizan  Al Bukhari iaitu bapa saudara mangsa yang menyaksikan kejadian itu bertindak turun untuk menyelamatkan mangsa tetapi gagal.Sementara itu, ahli keluarga lain pergi untuk mendapatkan bantuan daripada penduduk bagi menghubungi pasukan penyelamat.



Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 11.45 pagi.

"Jam 12.00 tengahari  anggota bomba telah sampai tempat kejadian dan menjalankan misi menyelamat dan pada 12.15 tengahari mayat telah dijumpai oleh anggota bomba dan orang awam.

"Mayat dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Hulu Terengganu untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut,” katanya.

Sementara, Mohd Adli turut menasihati orang ramai supaya tidak berkunjung ke lokasi pusat rekreasi air terjun dan sungai kerana lokasi berkenaan masih belum dibuka.

"Petugas- petugas keselamatan yang ada masih belum diaktifkan dan berisiko jika berlaku bencana yang tidak diingini," katanya.




Sumber: teganukita.net
Comment Policy: Kami Terengganu 11 tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Buka Komen
Tutup Komen
Loading...