Annuar Musa Cadang Bekukan Lesen Penjualan Arak Selagi Tiada Keputusan

Posted on Monday, June 01, 2020 | 6/01/2020



Isu pemandu mabuk sehingga sebabkan kematian orang tak bersalah jadi isu utama selepas wabak Covid-19 di Malaysia waktu ni. Dalam tahun ini sahaja kita dah dengar banyak kematian yang berpunca dari kecuaian pemabuk.

Dalam perkembangan terbaru, Kementerian Wilayah Persekutuan telah memaklumkan yang mereka mungkin akan membekukan semua aktiviti membabitkan pengeluaran dan penjualan arak dalam masa terdekat untuk tempoh yang ditetapkan.

Dengan berlakunya kejadian pemandu mabuk dan menyebabkan kemalangan, adalah wajar pengeluaran lesen baru menjual arak dibekukan sehingga satu garis panduan dan semakan perundangan dapat dilakukan. Lesen premis pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu diperketatkan," katanya menerusi ciapan di Twitter miliknya, hari ini. - Kata Tan Sri Annuar Musa.

Sebelum ini, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin turut telah mengarahkan pegawainya untuk tingkatkan undang-undang yang jelas bagi kesalah mamandu dalam keadaan mabuk.

OHMEDIA: DIHARAPKAN PERKARA INI DAPAT DISELESAIKAN CEPAT BAGI MEMASTIKAN TIDAK BERLAKU LAGI.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca yang geram dengan pemandu mabuk di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 6/01/2020

0 comments:

Loading...