Sehingga sekarang, kebanyakan pengguna masih tidak berpuas hati dengan jumlah bil elektrik yang diterima mereka selepas mendakwa ada kenaikan mendadak sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.
Bagaimanapun, Pengurus Bacaan Meter dan Bil Kuala Lumpur Timur, Hidayat Putra Ahmad Yati menjelaskan bahawa sebelum ini pihak TNB telah menggunakan kaedah prorata untuk pelarasan bil bagi memastikan jumlah bil yang tepat bagi setiap bulan bil anggaran dibuat. Kemudian apabila bacaan meter sebenar dilakukan, barulah mereka dapat mengesan jumlah bil tertunggak yang perlu dibayar pengguna.
Semasa PKP dijalankan, kita memberhentikan bacaan meter di tapak (premis pengguna). Pelanggan tidak menerima bil bacaan.
Sebagai contoh bil anggaran pada Mac dan April lalu adalah sama iaitu RM150. Selepas tiada PKP pada Jun, kita kembali kira ikut bacaan meter pada bulan terbabit dan mendapati ada bayaran tertunggak sebanyak RM200.
Kalau Mei bilnya RM100 campur dengan bil tertunggak RM200, maka pelanggan kena bayar RM300, sebab itu nampak banyak bayarannya. - Jelasnya kepada pemberita Berita Harian.
Hidayat turut menambang bahawa kenaikan pastinya berlaku sedikit berikutan ramai pengguna menghabiskan masa duduk dan bekerja di rumah sehingga membuka kipas dan aircond sing malam.
OHMEDIA: APA PANDANGAN KORANG? BAGI OHMEDIA KITA CUBA FIKIRKAN SENDIRI BERAPA BANYAK PENGGUNAAN KITA. JIKA BENAR IANYA TIDAK MASUK AKAL, BOLEH BUAT ADUAN YA.
Kredit: Berita Harian
+ Baca respon pembaca yang tak puas hati bill api tinggi di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media