Apple Dalam Rangka Bangunkan iPhone Lipat?

Posted on Tuesday, June 16, 2020 | 6/16/2020



Selain Samsung dan Xiaomi, Apple kini dikatakan dalam rangka membangunkan sebuah smartphone jenis lipat berdasarkan hint yang diberikan Jon Posser. Jon Posser mendapat perhatian media gajet kerana maklumat yang didedahkan oleh beliau untuk iPhone SE 2020 yang baru dilancarkan adalah benar.



Bahkan Jon Posser turut mengesahkan bahawa sememangnya pihak Apple sedang dalam rangka untuk membangunkan smartphone lipat mereka. Dipetik dariTechradar, kemungkinan besar smartphone berkenaan adalah iPhone 13 atau 14 kerana ia tidak akan dilancarkan dalam masa terdekat ini.


Sebelum ini juga Apple turut mendedahkan konsep telefon lipat tanpa kesan pada skrin, di mana saat telefon ini terbentang (tidak lipat) dua panel skrin yang terpisah ini akan disambung dengan komponen penutup (flaps) kedudukannya berada ditengah-tengah antara kedua-dua panel skrin. Saat telefon ini dilipat, penutup komponen (flaps) kemudian akan bergerak kebawah, mengisi ruang engsel.



OHMEDIA: NAMPAKNYA SAMSUNG DAN XIAOMI ADA ESAING BARU. PATENT SMARTPHONE LIPAT DARI APPLE NI PUN BUKAN BIASA-BIASA.

Kredit: Techradar | Phone Arena

+ Baca respon pembaca Apple dalam rankga bangunkan iPhone lipat di Facebook Oh! Media





Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 6/16/2020

0 comments:

Loading...