Black Shark Lancarkan Gaming Earphone Serendah RM399


Black Shark merupakan jenama smartphone gaming mampu milik yang terkenal di pasaran Malaysia dan dunia. Bukan tu jer, Black Shark juga ada mengeluarkan aksesori lain seperti kabel, aksesori audio dan pelbagai lagi.


Black Shark baru jer melancarkan set earphone wirelss baru iaitu Black Shark Bluetooth Earphones 2 yang membolehkan korang bermain game dengan pengalaman yang luar biasa. Dah nama pun jenama gaming, mesti design dia pun ke arah itu betul tak? Black Shark Bluetooth Earphones 2 ini dilengkapi dengan lampu RGB bersama ketahanan bateri sehingga 10 jam dengan pengecasan 90 minit jer gais.

Memang style lah kan bila ada lampu RGB masa korang gunakan apatah lagi tengah main game, bateri dia pun boleh tahan lama. Black Shark Earphones 2 ni akan dijual pada harga RM399 bermula 4 Jun sehingga 10 Jun secara rasmi di Shopee.

Kredit: Shopee

+ Baca respon pembaca set earphone wireless terbaru Black Shark di Facebook Oh! Media.


Sumber: Oh! Media