DBKL Sekat Permohonan & Pembaharuan Lesen Arak Berkuat Kuasa Serta Merta


Semalam Ohmedia baru jer kongsikan tentang cadangan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa untuk membekukan lesen penjualan arak buat sementara waktu sehingga undang-undang dipertingkatkan.

Bertindak pantas, hari ini Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah memutuskan untuk membekukan perohonan baharu dan pembaharuan lesen penjualan minuman keras di pusat bandar dan ia berkuat kuasa serta merta. Perkara ini diumumkan melalui notis pemberitahuan yang dikeluarkan di Facebook rasmi mereka.

Tindakan penguatkuasaan akan diambil terhadap mana-mana premis yang menjalankan aktiviti penjualan minuman keras tanpa lesen. - tulisnya.

Diharapkan dengan keputusan sementara waktu ini, ia dapat mengurangkan lebih banyak kes yang melibatkan kemalangan dan kematian yang berpunca dari pemandu mabuk.

Setakat tahun ini sahaja, sebanyak 21 kes kemalangan jalan raya ekoran pemandu mabuk dengan lapan kes kematian direkodkan PDRM.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin turut mengarahkan untuk Kementerian Pengangkutan untuk meningkat hukuman yang lebih berat di dalam Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca yang geram dengan pemandu mabuk di Facebook Oh! Media.






Sumber: Oh! Media