Florian Wirtz Cipta Sejarah Di Bundesliga Pada Usia 17 Tahun

Posted on Monday, June 08, 2020 | 6/08/2020



Pemain tengah skuad bawah 17 tahun Jerman, Florian Wirtz telah mencipta sejarah selepas menjadi pemain termuda berjaya menjaringkan gol dalam saingan Bundesliga. Gol tersebut terhasil ketika perlawanan antara Bayern Leverkusen dan Bayern Munich sabtu lepas.


Walaupun Leverkusen tewas 4-2, jaringan Wirtz menjadi bualan ramaui selepas berjaya memecahkan rekod yang telah dipegang oleh Nuri Sahin sebelum ini. Perlawanan tersebut juga menyaksikan penjaga gol utama Bayern, Neuer terciduk dengan jaringan itu.


Untuk pengetahuan korang, Florian Wirtz merupakan watak utama yang membantu FC Koln menjulang kejuaraan bawah 17 tahun di Jerman. Walapun baru berusia 17 tahun, Wirtz tidak berasa gentar untuk bermain di liga utama Jerman. Beliau juga mempunyai kelebihan untuk mengelecek, melakukan rembatan dan hantaran jauh.

OHMEDIA: SEMOGA WIRTZ MAMPU UNTUK MENJADI SALAH SEORANG PEMAIN TENGAH TERBAIK DUNIA KELAK

Kredit: semuanyabola

+ Baca respon pembaca Florian Wirtz Cipta Sejarah di Bundesliga pada usia 17 tahun di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 6/08/2020

0 comments:

Loading...