Ini Mungkin Smartphone Samsung Terbaik Bawah Harga RM600, Hadir Dengan 3 Kamera Utama

Posted on Monday, June 01, 2020 | 6/01/2020



Samsung Galaxy A11 telah mula di iklankan di Malaysia baru-baru ini tanpa pengumuman secara rasmi oleh Samsung Malaysia. Samsung Galaxy A11 ni adalah smartphone terbaru yang menggantikan model sebelum ini iaitu Samsung Galaxy A10s.

Samsung Galaxy A11 ni mempunyai skrin sebesar 6.4 inci TFT LCD Infinity-O bersama resolusi HD+. Cip pemprosesan yang dikuasakan adalah Qualcomm Snapdragon 450. Bagi memori, smartphone ini hadir dengan 3GB RAM dan storage sebesar 32GB. Bateri yang ditawarkan pada Galaxy A11 berkapasiti 4,000mAh bersama 15W fast charging menggunakan USB-C.


Untuk kamera utama, ia dilengkapi dengan 3 lensa iaitu 13 megapixel sensor utama + 5 megapixel ultra wide + 2 megapixel kedalaman. Bagi kamera hadapan pula hadir dengan 8 megapixel.

Korang dah boleh dapatkan Samsung Gakaxy A11 ni pada harga RM599 di DirectD dengan dua pilihan warna iaitu putih dan hitam.

Kredit : DirectD

+ Baca respon pembaca smartphone terbaru Samsung di Facebook Oh! Media.


Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 6/01/2020

0 comments:

Loading...