Jarak Usia 41 Tahun, Nenek Nikah Dengan Anak Angkat!


Seorang nenek yang dikenali sebagai Tri Sutiyem atau lebih dikenali sebagai Mbah Gambreng berusia 65 tahun sanggup menikahi dengan anak angkatnya, Ardi Waras, 24 tahun pada 5 Jun lalu di Lempuing, Sumatera Selatan.

Pasangan ini mengadakan majlis secara sederhana yang dihadiri oleh keluarga dan jiran. Kalau korang nak tahu, Mbah Gambreng mengambil Ardi sebagai anak angkatnya sejak tahun lepas dan beberapa orang yang lain.

Mereka membantu nenek itu berniaga dan menoreh getah di kampung tersebut. Ardi merupakan seorang penari kumpulan seni kuda kepang dan manakala isterinya pula adalah seorang daripada pengurus.

Selama ini tidak punya minat apa-apa, cuma sebulan lalu saya ada bercakap dengan Ardi menyuruhnya segera kahwin kerana tiga anak angkat perempuan sudah berkahwin. Tetapi saya terkejut apabila dia mahu menikahi saya. -kata Mbah Gambreng

Mbah Gambreng juga berkata menerima lamaran daripada Ardi adalah senang kerana mereka sudah serasi sejak tahun lepas dan dia tidak kisah untuk menerima mas kahwin sebanyak RM30.21 jer.

Apa yang lebih menarik, pasangan ini mendapat tajaan daripada syarikat pengurusan acara, Dian Gallery untuk pernikahan mereka dimana menaja gambar, pakaian pengantin, alat solek, video dan dekorasi.

OHMEDIA: WAH, TAHNIAH!

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca ucap tahniah di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media