U Mobile Prepaid GX30 & GX38 Beri Tawaran Menarik Dengan Harga Tak Masuk Akal!


Beberapa hari ni kita sibuk dengar pasal penawaran pelan tanpa had dari telko-telko besar Malaysia. Menerusi MalaysiaWireless, syarikat telko U Mobile juga akan tingkatkan pelan mereka kepada semua pelanggan semasa dan baru. Apa yang bestnya, tiada langsung perubahan harga dengan peningkatan plan U Mobile kalini.



U Mobile GX38


Pengguna smartphone akan dapat data tanpa had yang sebelum ini dikenakan RM38 dengan hanya RM35 jer untuk sebulan gais dengan pelan GX38. Bukan tu jer, korang juga boleh membuat panggilan ke semua telko tempatan secara percuma. Pelan ini masih kekalkan penggunaan data hospotnya pada 6GB dan kelajuan data sehingga 6Mbps.

U Mobile GX30


Pelan GX30 pula akan dinaikkan kepada 6Mbps yang sebelum ini hanya 3Mbps jer. Pelan ini juga telah dinaikkan data hotspotnya yang sebelum ini hanya 3GB kepada 6GB gais. Seperti biasa, data internet juga tanpa had untuk pelan ini. Untuk membuat panggilan, korang akan dikenakan 24sen jer untuk seminit. Untuk SMS pula cuma dikenakan 12 sen untuk satu SMS.

Kedua-dua pelan ini juga akan diberikan 6GB data untuk hotspot yang sebelum ini hanya 3GB. Jadi, korang yang kerja dari rumah tu tak perlu nak pening kepala dah untuk add ons hotspot sebab U Mobile dah bagi dua kali ganda data gais. Memang berbaloi gais! Dahlah dapat internet tanpa had, kelajuan data pun tanpa had juga.

Kredit: MalaysiaWireless

+ Baca respon pembaca pengguna pelan U Mobile di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media