'Kalau ada masalah, kita akan cuba selesaikan nanti' - KPM tetap teruskan sesi prasekolah mulai 1 Julai

Posted on Tuesday, June 23, 2020 | 6/23/2020



NUTP sebelum ini menggesa kerajaan menangguhkan sesi prasekolah dan tadika dari beroperasi 1 Julai ini berikutan pemerhatian mereka mendapati masih banyak yang belum bersedia beroperasi mengikut SOP yang ditetapkan. 

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagaimanapun bertegas dengan keputusannya itu atas alasan sudah ramai ibu bapa yang mula bekerja dan memerlukan anak mereka dihantar ke dua prasekolah dan tadika. 

Menteri KPM, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata, "Kita kena tahu bahawa ibu bapa yang bekerja memang memerlukan anak dihantar ke prasekolah, jadi perlu diteruskan. 

"Sekiranya terdapat prasekolah yang mempunyai masalah, kita akan cuba selesaikannya nanti," katanya. 

Tambahnya lagi, KPM pada ketika ini sedang memberi tumpuan kepada kerja lawatan pembukaan sekolah. 

"Persiapan sudah kita buat, kita kena ambil maklum bahawa apabila ada keperluan kita akan tetap teruskan," katanya. 

Sumber: Harian Metro


Sumber : thereporter.my
Blog, Updated at: 6/23/2020

0 comments:

Loading...