Keanjalan Waktu Pembelajaran OUM Tarik Minat Ahli Parlimen

Posted on Monday, June 01, 2020 | 6/01/2020



Oleh : Adli Mohamad

SETIU, 1 Jun - Keanjalan kaedah dan waktu pembelajaran yang ditawarkan di Universiti Terbuka Malaysia (OUM) menarik minat Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abdul Kadir untuk menyambung pengajiannya didalam bidang Sarjana Pentadbiran Perniagaan.

Katanya, mengikuti kursus berkenaan secara separuh masa pastinya tidak menghalang beliau untuk mengimbangi diantara tugas diamanahkan dengan pengajian di universiti berkenaan sementelah pengajian adalah diatas talian secara terus mahupun rakaman.

"Ilmu yang ditimba nanti memudahkan saya untuk membahaskan beberapa perkara berkaitan ekonomi dan kewangan.

"Seperti bajet, Rancangan Malaysia Ke -12 (RMK 12) dan lain-lain, semasa sesi perbahasan sidang parlimen nanti" ujarnya melalui satu kenyataan di laman sosial facebook miliknya, semalam.

Walaupun memilih menyambung pengajian di peringkat sarjana, katanya khidmat kepada warga Setiu akan tetap menjadi keutamaan.

Kesungguhan didalam menuntut ilmu katanya bertepatan dengan pepatah menyebut dimana ada kemahuan disitu ada jalan.



Sumber: teganukita.net
Blog, Updated at: 6/01/2020

0 comments:

Loading...