Muatnaik Gambar Sandar Di Bahu Lelaki, Intan Najuwa & Bekas Tunang Berbaik Semula?


Baru jer tadi Ohmedia buat tinjauan dekat Instagram pelakon jelita, Intan Najuwa berusia 23 tahun. Wah! Ada gambar terbaru Intan tengah sandar dekat bahu lelaki di dalam kereta. Agak-agak siapalah tu kan?


Ramai warganet dapat meneka bahawa lelaki tersebut adalah bekas tunangnya, Razrul Anwar Rusli. Ada juga segelintir netizen mendakwa bahawa Intan berbaik dengan Razrul adalah disebabkan hilang sumber pendapatan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lagi.

Walaupun tak ada shooting masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), alhamdulillah saya dapat juga tolong berpuluh-puluh family yang putus makanan dan single mother. Tolong tag dia sat siapa yang kenal. Daripada duk cakap bukan-bukan. Baik pi upgrade diri jadi orang berguna sikit. Malu lah perempuan mulut kepoh macam ni.


Kalau betul mereka sudah berbaik semula, Ohmedia nak cakap tahniah! Kita doa yang baik-baik jer lah gais. Bukan apa, kadang-kadang apa yang kita mengata dekat orang tu lah akan berbalik kepada kita tau!?

OHMEDIA: DOA YANG BAIK-BAIK.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca beri pendapat di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media