Nokia C2 Bakal Masuk Ke Malaysia Dengan Spec Asas

Posted on Monday, June 29, 2020 | 6/29/2020



Bukan Nokia 5.3 jer yang bakal hadir ke pasaran Malaysia, Macpie Distribution juga mungkin akan bawa masuk model Nokia C2 tak lama lagi gais. Kalau korang nak tahu, smartphone ni memang sesuai untuk korang yang nak jadikan telefon kedua sebab Nokia C2 ni merupakan smartphone spesifikiasi asas.


Nokia C2 ni hadir dengan skrin sebesar 5.7 inci IPS LCD beresolusi 720x1440. Cip pemprosesan yang dikuasakan ialah Unisoc bersama memori 1GB RAM dan storage sebesar 16GB RAM. Bateri yang dikuasakan pada smartphone ini sebesar 2,800mAh menggunakan micro USB.


Untuk kamera utama, ia dilengkapi dengan single kamera iaitu 5 megapixel dan kamera depan juga 5 megapixel. Smartphone ini didatangkan dengan dua pilihan warna iaitu Cyan dan hitam.

Kredit: Macpie Distribution | GSM Arena

+ Baca respon pembaca smartphone Nokia spesifikasi asas di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 6/29/2020

0 comments:

Loading...