Norhizam Tingkatkan Lagi Operasi Babi Hutan Selepas Ragut 1 Nyawa


Bila sebut tentang usaha menembak babi hutan, negeri Melaka pastinya akan disebut dan usaha ini akan terus dipertingkat seperti yang dimaklumkan EXCO Pertanian, Penternakan, Pembangunan Ushawan dan Koperasi Melaka, Datuk Norhizam Baktee.

Usaha benteras babi hutan ini juga dipertingkat selepas berlaku kemalangan melibatkan pekerja kilang di Alor Gajah yang menunggang motosikal dan dirempuh babi hutan= sehingga meninggal dunia.

Kami bertindak berdasarkan aduan yang diterima. Insya-Allah, saya sebagai EXCO bertanggungjawab serta PERHILITAN, akan bertindak segera. Sekarang pun saya sudah mengarahkan jabatan berkenaan untuk bertindak setiap hari bagi memastikan makhluk perosak itu benar-benar dihapuskan. - Katanya.

Macam mana pula dengan masalah babi hutan di tempat korang? Walaupun ini isu terpencil, bila ada mereka yang maut, ia perlu ditangani segera.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca yang ikuti masalah babi hutan di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media