Pasangan Warga Emas Terharu Terima Katil Boleh Laras

Posted on Saturday, June 27, 2020 | 6/27/2020




Oleh : Mohd Fakhrullah Mohamad

MARANG, 26 Jun – Pasangan warga emas yang menghidapi penyakit kencing manis, darah tinggi dan strok. menerima katil boleh laras yang disumbangkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payong, Mohd Nor Hamzah semalam.

penyakit yang  terharu dengan sumbangan katil beroda yang disampaikan olah

Suami isteri itu Hussin Awang, 66, dan Zaimah Chik, 59, menetap di Kampung Titian Baru, di sini.,

Husin berkata, bantuan itu dapat meringankan sedikit beban selepas kedua-dua mereka tidak lagi mampu bergerak kerana penyakit yang dihadapinya.

“Alhamdulilah, kami bersyukur, dengan adanya katil beroda ini, ia sedikit sebanyak memberikan keselesaan disamping memudahkan lagi anak-anak menghulurkan bantuan ketika perlu,” katanya.

Mohd Nor yang juga merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan Dakwah Dan Penerangan Negeri turut berkata, sumbangan ini dapat memberikan sedikit kemudahan dan keselesaan kepada mereka untuk terus bersabar dengan ujian ini.

"Semoga dengan sumbangan katil ini dapat menambahkan sedikit keselesaan kepada mereka dan tabahkan hati dalam mengharungi ujian ini." katanya 

Hadir sama dalam penyerahan tersebut, Pegawai khas Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Bukit Payong, Mat Ghani Jusoh, Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (IMITS) Bukit Payong, Mat Noh Ismail, Pengerusi MPKK Kampung Titian Baru, Abdul Halim Wahab dan hadir sama Masyarakat setempat.

Sumber: teganukita.net
Blog, Updated at: 6/27/2020

0 comments:

Loading...