Pasar Tani Kuala Besut Kembali Beroperasi Hari Ini

Posted on Monday, June 29, 2020 | 6/29/2020



Oleh: Saifullah Jusoh

BESUT, 29 Jun- Para peniaga Pasar Tani Kuala Besut menarik nafas lega apabila pasar berkenaan sudah dibenarkan kembali  beroperasi mulai hari ini.

Hampir tiga bulan Pasar Tani Kuala Besut ditutup untuk urusan jual beli susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan oleh pihak kerajaan bagi membendung penularan wabak COVID-19.

Situasi tersebut menjejaskan para peniaga yang bergantung sepenuhnya pendapatan dengan hasil jualan di pasar-pasar tani dan
pasar pagi.


Walaupun ianya sudah beroperasi, namun para peniaga perlu mengikut garis panduan SOP yang sudah ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (BPT).

Seorang peniaga yang dikenali sebagai Fadhli  sangat bersyukur kerana dapat berniaga seperti biasa.

“Alhamdulillah saya berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana sudah membenarkan kami untuk kembali berniaga disini.

“InsyaAllah kami akan sedaya upaya mematuhi SOP agar rantaian wabak COVID-19 ini dapat diputuskan ,” ujarnya.

Sumber: teganukita.net
Blog, Updated at: 6/29/2020

0 comments:

Loading...