Pendakwa Berjaya Tunjuk Bukti Semua 7 Pertuduhan Ke Atas Najib Razak

Posted on Thursday, June 04, 2020 | 6/04/2020



Nampaknya kes melibatkan Datuk Seri Najib masih belum selesai dan perkembangan terbaru adalah apabila Mahkamah Tinggi diminta untuk mensabitkan bekas Perdana Menteri ini setelah pihak pendakwaan berjawa bentangkan bukti untuk semua tujuh pertuduhan babitkan kes dana SRC International Sdn Bhd.

Saya dengan rendah hati mengemukakan bahawa tujuh pertuduhan tersebut telah terbukti. Yang Arif, saya sudah selesai dengan penghujahan dan esok pihak pembelaan akan membantah penghujahan pendakwaan. - Kata Timbalan Pendakwa Raya ad hoc, Datuk V Sithambaram.

Tiga pertuduhan datang dari kes pecah amanah jenayah (CBT), tiga pertuduhan lagi datang dari pengubahan wang haram dan baki satu pertuduhan melibatkan menyalahkan kedudukan yang dihadapi oleh Najib.

Banyak hujah yang telah dibentangkan oleh pihak pendakwaan bagi membuktikan perkara ini. Bagi hujah penuh mengenai kes ini, korang boleh terus baca di Sinar Harian.

+ Baca respon pembaca yang ikuti kes pertuduhan Najib di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 6/04/2020

0 comments:

Loading...