Perubahan DUN Berdasarkan Perkembangan Semasa

Ustaz Husain.

Oleh : Rohayati Ripin

KUALA TERENGGANU, 12 Jun - Perubahan  Dewan Undangan Negeri (DUN) dari sudut fizikal dan pengurusan hendaklah berjalan dengan baik serta mengikut keperluan semasa.

Mantan Yang Dipertua DUN Terengganu, Dato' Ustaz Husain Awang berkata, ia mesti dilakukan secara teliti dan baik bagi menjadikan DUN sentiasa relevan.

"Perkembangan suasana baharu penting untuk dinilai sebelum apa-apa perubahan dibuat," jelasnya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Negara negeri Terengganu berkata demikian ketika ditemui pihak media di Pejabat DUN pada semalam.

Untuk rekod, beliau memulakan perkhidmatan sebagai Speaker pada 20 Disember 1998 hingga 31 Mac 2004 sewaktu Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang menjadi Menteri Besar Terengganu.

Sumber: teganukita.net