realme Malaysia Bakal Lancarkan Model C11 Pada 30 Jun Nanti!


realme Malaysia baru jer mengumumkan yang realme C11 akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi. Menerusi laman Facebook rasmi realme, smartphone ini akan dilancarkan pada 30 Jun ini secara rasmi bermula 11 pagi nanti.


realme C11 ni didatangkan dengan skrin sebesar 6.5 inci bersama resolusi 720x1560. Cip pemprosesan yang dikuasakan pada smartphone ii ialah MediaTek Helio G35 bersama memori 2GB RAM dan storage sebesar 32GB. Slot micro SD turut tersedia bagi pengguna menambah bilangan storage sekiranya tidak cukup nanti.


Bateri yang ditawarkan pada smartphone ini berkapasiti 5,000mAh bersama 10W charging menggunakan micro USB. Untuk kamera utama, ia hadir degan dual kamera iaitu 13 megapixel sensor utama + 2 megapixel kedalaman dan untuk kamera depan pula didatangkan dengan 5 megapixel.

Menurut Lazada Indonesia, pengguna akan diberikan dua pilihan warna iaitu Mint Green dan Pepper Grey. Buat masa ni kita masih belum tahu harga yang akan dijual di Malaysia, kalau nak tahu tunggu sehingga tarikh pelancaran okay gais.

Kredit: GSM Arena | Lazada Indonesia
Sumber: Oh! Media