realme Watch Masuk Ke Pasaran Malaysia Pada 11 Jun Ini

Posted on Friday, June 05, 2020 | 6/05/2020



Semalam baru jer Ohmedia kongsikan dekat korang yang realme Watch akan masuk ke pasaran Malaysia, cuma belum tahu tarikh rasminya bila kan? Tapi realme Malaysia telah mengesahkan yang smartwatch pertama mereka tu akan memasuki pasaran tempatan pada 11 Jun nanti gais.

BACA : realme Watch Tidak Lama Lagi Akan Dilancarkan Di Malaysia


realme Watch ini akan dilancarkan pada pukul 11 pagi secara rasmi di laman facebook mereka. Bukan tu jer, banyak lagi produk yang akan dilancarkan realme Malaysia pada hari yang sama iaitu realme band, earbuds dan banyak lagi kepada penggemar-penggemar device mereka di dalam Malaysia ni.

Korang boleh kawal realme Watch ni dengan aplikasi realme link pada smartphone korang tu. Bukan tu jer, ia juga mampu membaca denyutan nadi korang dan semestinya kalis air. Tak lengkaplah sesebuah smartwatch tu kalau dia tak kalis air betul tak? Mesti ada banyak lagi features menarik yang ditawarkan. Kalau nak tahu, kita sama-sama tunggu tarikh pelancarannya nanti okay.

Kredit: realme

+ Baca respon pembaca realme watch di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 6/05/2020

0 comments:

Loading...