realme Watch Tidak Lama Lagi Akan Dilancarkan Di Malaysia

Posted on Thursday, June 04, 2020 | 6/04/2020



realme Malaysia baru jer kongsikan teaser smartwatch pertama mereka iaitu realme Watch dan mungkin akan dijual di pasaran Malaysia tak lama lagi. Sebelum ni, realme Watch telah dilancarkan di India dan akan mula dijual pada 5 Jun ini.


realme Watch ini hadir dengan skrin sebesar 1.4 inci IPS LCD bersama resolusi 320 x 320. Bateri yang ada pada smartwatch pertama realme ini dikatakan mampu bertahan sehingga 9 hari. Ia juga mempunyai mod power-saving dan sekiranya korang gunakan mod tersebut, realme Watch ini mampu bertahan sehingga 20 hari gais.

Pelbagai features menarik yang ada pada smartwatch ini dengan harga yang dianggarkan cuma RM230 jer gais. Harga sebenar dan tarikh mula dijual di Malaysia masih belum diketahui.

Kredit: realme | GSM Arena

+ Baca respon pembaca smartwatch pertama realme di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 6/04/2020

0 comments:

Loading...