Salah Sambut Hari Jadi


Alhamdulillah, Ohmedia ingin mengucapkan selamat hari jadi yang ke-28 kepada pemain pasukan Liverpool, Muhammad Salah yang dilahirkan pada 15 Jun 1992. Perkara itu telah diumumkan menerusi akaun Twitternya, @MoSalah.

Thanks everyone for your birthday wishes.


Sebelum ini, Salah menjadi perhatian warganet gara-gara namanya yang disalah erti sebagai perbuatan yang tidak betul. Pelbagai meme yang dibuat oleh rakyat Malaysia. Tak sangka semua posting berkaitan dengan Salah amat menggelikan hati Ohmedia. Haha!

Kalau korang nak tahu, Salah adalah salah seorang pemain bola sepak Liverpool bagi kelab Liga Perdana Inggeris dan untuk pasukan kebangsaan Mesir tau. Apapun, Ohmedia doakan agar Salah tak sentiasa salah dan terus maju jaya pada masa akan datang.

OHMEDIA: SALAH SAMBUT HARI JADI GAIS. TAK SALAH KAN?

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca ucap selamat hari jadi di Facebook Oh! Media.








Sumber: Oh! Media