Telefon Jadi Jahanam, Ramai Yang Dah Masuk Perangkap Gara-Gara Wallpaper Ini!

Posted on Tuesday, June 02, 2020 | 6/02/2020



Ohmedia tak sangka orang Malaysia pun nak cuba guna wallpaper tu. Fuh, menakutkan betul! Korang nak tahu tahu tak ada satu posting di media sosial yang dikenali sebagai @UniverseIce menjadi viral apabila ada sekeping gambar pemandangan indah di tepi tasik rupa-rupanya boleh buat telefon korang jahanam!


Lagi-lagi dengan pengguna Android, memang boleh melumpuhkan segala operasi dalam gajet korang tau!? Menurut tinjaun Ohmedia di Twitter, ramai yang berani mencuba jadikan gambar tersebut sebagai imej latar belakang tetapi kebanyakannya daripada mereka memberi respon yang tidak sangka.

Pengguna Android JANGAN SAVE dan set gambar ni sebagai wallpaper sebab gambar ni ada malware yang akan meranapkan phone anda sampai restart berkali-kali, berisiko kena buat factory reset. Jangan cuba pun! Minta kerjasama untuk report tweet dan accoung di bawah. Beli account semata-mata nak buat benda bodoh. Jangan cuba-cuba, Samsung S20 Ultra pun terus rosak, nak buka safe mode untuk tukar wallpaper balik pun tak boleh sebab restart non-stop.


Jadi, Ohmedia sarankan korang jangan sesekali buat gambar tu sebagai imej latar belakang dalam telefon korang okay! Bahaya betul bila ada benda macam ni, tak pasal-pasal telefon korang nanti masuk bengkel. Aduh!

OHMEDIA: KESIAN BETUL TENGOK ORANG YANG DAH CUBA TU, MESTI MENYESAL KAN? KAH!

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca beri pendapat di Facebook Oh! Media.





Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 6/02/2020

0 comments:

Loading...