“Tiada Kompromi Dengan Anggota Yang Jadi Tali Barut Sindiket” - Panglima ATM

Posted on Sunday, June 21, 2020 | 6/21/2020



Sebelum ini panas dengan isu pembabitan anggota tentera dalam sindiket penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) serta pemerdagangan manusia menyebabkan pihak ATM sedang giat mengesan pegawai atau anggota yang bersekongkol dengan sindiket berkenaan.


Menurut Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Affendi Buang, pihak ATM tidak akan berkompromi dengan mana-mana anggota serta pegawai yang menjadi tali barut sindiket berkenaan kerana menganggap ini satu kesalahan yang serius.

Mengulas tangkapan terhadap anggotanya sebelum ini, beliau menegaskan bahawa ATM menyerahkan perkara berkenaan kepada pihak polis mengikut undang-undang awam dan membantu pihak polis mencari lagi saki baki anggota dan pegawai yang terlibat dengan sindiket penyuludupan PATI dan pemerdagangan orang.



Dalam nada tegas, Tan Sri Affendi mengatakan bahawa mereka yang terlibat akan dikenakan hukuman yang setimpal dengan perbuatan mereka meskipun beliau enggan mengulas lanjut bentuk hukuman yang spesifik bakal dikenakan kepada anggota dan pegawai yang terlibat.

OHMEDIA: KAMI HARAPKAN HUKUMAN YANG AKAN DIKENAKAN BETUL-BETUL BERAT SUPAYA DAPAT MENJADI PENGAJARAN MEREKA DILUAR SANA YANG BERUNIFORM AGAR MENJALANKAN TUGAS DENGAN PENUH AMANAH DAN DEDIKASI.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca pihak ATM tidak berkompromi dengan anggota terlibat sindiket di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 6/21/2020

0 comments:

Loading...