Huawei Lancarkan Tablet Premium Yang Mempunyai Sokongan 5G Pertama Di Malaysia!


Huawei Malaysia telah melancarkan tablet terbaru mereka di pasaran Malaysia iaitu Huawei MatePad Pro 5G. Kalau korang nak tahu, tablet ini merupakan tablet pertama yang enuokong rangkaian 5G gais. Bukan tu jer, dekat belakang tablet ni menggunakan leather dan buatkan ia nampak premium dan sangatlah sedap apabila dipegang.

Huawei MatePad Pro 5G ni didatangkan dengan skrin sebesar 10.8 inci. Cip pemprosesan yang dikuasakan adalah Kirin 990 bersama memori sebesar 8GB RAM dan 256GB storage. Tonton video dibawah gais untuk mengetahui lebih lanjut tentang betapa menariknya tablet terbaru dari Huawei ni.


Bagi yang berminat, korang boleh dapatkan Huawei MatePad Pro 5G ni pada harga RM3,299 bermula 26 Jun ini gais. Ohmedia memang sangat tertarik dengan design dan keseluruhan features yang ditawarkan. Apa yang menariknya, kita masih boleh dapatkan banyak aplikasi walaupun tanpa Google Play.

Kredit : Facebook Oh! Media.

+ Baca respon pembaca tablet terbaru Huawei di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media