(Video) Menyeramkan! Gadis Ini Tak Sedar Terakam Pocong Tengah Melompat Di Tepi Jalan


Korang pernah tak mengalami pengalaman menyeramkan ketika berada di luar secara berseorangan pada waktu malam? Kadangkala kita fikir seperti ia adalah hanya sekadar perasaan kita jer apabila diganggu oleh makhluk ghaib. Bila Ohmedia tengok video dekat bawah ni, makhluk ghaib sebenarnya betul-betul wujud gais!

Video yang dimuatnaik oleh @creepyposta itu telah mendapat perhatian warganet kerana ada sebuah kejadian seram yang terjadi kepada seorang gadis dilihat sedang memandu kereta di sekitar Jalan Tampok, Rengit, Johor jam 10 malam.

Kejadian itu telah berlaku pada 23 Jun 2020 ketika gadis tersebut dalam perjalanan pulang ke rumah ibu bapanya. Rakaman yang melibatkan makhluk berbungkus seperti pocong itu sedang melompat di tepi jalan tanpa pengetahuannya.

Adikku baru dalam perjalanan pulang ke rumah mak ayah. Setiap kali dia drive, dia memang suka record video jalan atau lagu dekat radio. Benda ni memang suddenly happened tanpa pengetahuan dia.


Uish! Meremang bulu roma Ohmedia bila tengok video yang berdurasi 38 saat itu. Kalau korang ada pengalaman menyeramkan seperti video dekat atas ni, bolehlah kongsi dekat ruangan komen okay.

OHMEDIA: BOLEH PULA DIA MAIN TEPI JALAN, KALAU KENA LANGGAR...SIA-SIA JER POCONG TU KACAU.

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca takut hantu di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media