Xiaomi Turut Bawa Masuk Mi Robot Vacuum-Mop Yang Akan Pastikan Lantai Rumah Korang Sentiasa Bersih!

Posted on Thursday, June 25, 2020 | 6/25/2020



Xiaomi Malaysia membawa masuk Mi Robot Vacuum-Mop secara rasmi ke pasaran Malaysia bermula 25 Jun ini sama seperti Mi Ionic Hairdryer yang baru Ohmedia share tadi. Jaranglah Xiaomi ni ketinggalan, ada jer benda baru yang mereka cuba buat yang akan memanfaatkan kehidupan seharian kita semua.

BACA : Xiaomi Perkenalkan Mi Ionic Hairdryer Pada Harga RM179


Mi Robot Vacuum-Mop ni mempunyai empat mod kuasa yang berbeza untuk korang pilih. Motor yang dikuasakan pada vacuum ni berkelajuan sedutan 2,500Pa. Bukan tu jer, siap boleh biarkan dia bergerak bebas gais! Korang juga boleh kawal vacuum mop ni menggunakan aplikasi Xiaomi dan letakkan air kepadanya supaya korang boleh lap lantai dengan bersih nanti.


Korang boleh dapatkan Mi Robot Vacuum-Mop ni pada harga RM999 jer gais bermula 25 Jun nanti. Dengan harga yang ditawarkan tu, korang dah dapat jimat masa dan tenaga untuk memastikan rumah korang sentiasa dalam keadaan yang bersih.

Kredit: Xiaomi Malaysia

+ Baca respon pembaca robot vacuum dari Xiaomi di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 6/25/2020

0 comments:

Loading...