Asus Lancarkan Monitor ROG Strix XG16 Dengan Bateri 7,800mAh & Skrin 144Hz


Kaki gamers takkan lengkap hobinya kalau PC mereka jer padu, tapi monitor yang mereka pakai tu kalau tak high spec bagi Ohmedia macam rugi jer. Kalau korang nak tahu, Asus sekali lagi keluarkan monitor gaming terbaru mereka iaitu Asus ROG Strix XG16. Apa yang menariknya, monitor ni direka sebagai monitor mudah alih untuk korang bawa- kemana-mana.


Mesti korang tertanya macam mana monitor ni senang di bawa kemana-mana, betul tak? Apa yang bestnya, monitor ni didatangkan dengan bateri sebesar 7,800mAh bersama USB PORT Type-C guys. So korang tak perlukan plug pun untuk power on, asalkan bateri masih lagi ada dalam monitor tu. Skrinnya pula hadir dengan saiz 15.6 inci bersama 144Hz refresh rate yang akan buatkan permainan korang nampak lagi smooth.

Tidak lupa juga, monitor ni memang dah tersedia dengan audio jack 3.5mm dan dilengkapi dengan dua pembesar suara. Pergh! Cukup padu dah tu untuk audio. Betul buat Ohmedia jatuh hati ni! Harga monitor ini dijual masih belum diketahui lagi, so kita kena tunggu lah sehingga ia diberitahu sendiri Asus nanti.

Kredit: Asus

+ Baca respon pembaca monitor terbaru Asus di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media