Azalina Othman Wanita Pertama Dilantik Sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat

Posted on Monday, July 13, 2020 | 7/13/2020



Sebentar tadi, Yang Dipertua Dewan Rakyat yang baharu sudah diputuskan iaitu Datuk Azhar Azizan Harun dan ia adalah pelantikan yang ke-10 menggantikan Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof.

Selain itu, jawatan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat juga telah diputuskan hari ini dengan pelantikan Datuk Seri Azalina Othman Said dan ini menjadikan beliau sebagai pemimpin wanita pertama yang dilantik memegang amanah itu.

Ahli Parlimen Pengerang itu dicalonkan oleh Perdana Menteri sendiri dan disokong oleh Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Saya mohon mencadangkan bahawa Yang Berhormat Datuk Seri Azalina Othman Said, Ahli Parlimen Pengerang dipilih menjadi Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat dan mengikut Peraturan Mesyuarat 6 (2) yang dibaca bersama Peraturan 4 (1) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, saya telah memastikan bahawa beliau bersetuju untuk berkhidmat jika dipilih. - Kata Muhyiddin.

Sebelum ini, jawatan berkenaan telah dipegang oleh Nga Kor Min di bawah Pakatan Harapan yang kemudian meletak jawatan dengan alasan tidak boleh meneruskan tanggungjawab di bawah kerajaan yang tidak dipilih rakyat.

Azhar kemudian menerima pencalonan terbabit selepas tidak menerima nama lain bagi memegang jawatan berkenaan.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca yang ikuti perkembangan politik negara di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 7/13/2020

0 comments:

Loading...