Bapa Khabib Nurmagomedov, Abdulmanap Meninggal Dunia Akibat Covid-19


Terkini! Bapa kepada Khabib Nurmagomedov iaitu Abdulmanap dilaporkan telah menghembuskan nafasnya yang terakhir selepas bertarung nyawa melawan virus Covid-19.

Abdulmanap yang merupakan seorang jurulatih dan idola kepada Khabib itu meninggal dunia di sebuah hospital di Moscow pada usia 57 tahun.


Berita sedih ini dikongsikan oleh pemimpin Republik Chechen dan rakan rapat keluarga Nurmagomedov, Ramzan Kadyrov dan sebelum ini Abdulmanap telah mengalami serangan jantung akibat jangkitan coronavirus.

Abdulmanap juga memerlukan pembedahan segera dan dilaporkan telah diletakkan dalam keadaan koma sebanyak dua kali.

Bagaimanapun, kompilasi virus berlaku dan ia tidak dapat diselamatkan.

Info lanjut menyusul.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca yang di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media