"Gemok Macam Babi" - Warganet


Amboi! Sedap betul mulut awak menghina fizikal orang lain semasa mengandung ya? Baru-baru ini, pelakon dan penyanyi iaitu Bella Astillah telah menerima kata cacian daripada warganet yang dikenali sebagai Sarah Nomad.


Isteri kepada penyanyi Aliff Aziz itu berkongsi satu paparan perbualan individu tersebut yang menghina dirinya sebagai babi gara-gara bentuk badannya yang sedang sarat hamil anak kedua.

Alhamdulillah. -kata Bella Astillah

Walaubagaimanapun, Bella hanya membalas dengan tenang dan tidak melatah apabila individu itu bertindak sedemikian. Ohmedia memang tak suka bila tengok warganet body shaming orang lain di laman sosial.

Ingat, apa yang dikeluarkan kata-kata oleh mulut kita akan berbalik tau!? Jadi, gunakanlah platform media sosial ni dengan cara yang betul dan bukannya menghina orang lain. Kan lebih baik kalau kita doa yang baik-baik untuk ibu mengandung ni.

OHMEDIA: SEMOGA DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN, BELLA.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.


Sumber: Oh! Media