Kadar Denda Basikal Lajak Kini Dinaikkan Dengan RM1,000 Kadar Minimum!

Posted on Tuesday, July 28, 2020 | 7/28/2020



Akhirnya isu mengenai basikal lajak kini mendapat perhatian menteri. Datuk Seri Wee Ka Siong, Menteri Pengangkutan kini mahu meminda dan memperketatkan undang-undang penggunaan basikal lajak yang popular dikalangan remaja bawah 18 tahun setelah melihat denda RM300 yang dikenakan tidak menyekatkan dari aktiviti basikal lajak ini terus berlaku.

Dulu denda RM300 sahaja, ...orang tak takut, sekarang kita pinda dan perketatkan sebagai pengajaran kepada semua pihak,

Oleh itu beliau mejelaskan untuk undang-undang baru berkenaan, mana-mana ibu bapa atau penjaga berusia 18 tahun ke bawah akan berdepan hukuman denda RM1,000 hingga RM5,000 atau penjara maksimum setahun jika qnak mereka disabitkan dengan kesalahan menunggang basikal lajak sehingga mendatangkan bahaya pada pengguna jalan raya lain.



Tambah beliau lagi, hukuman yang sama turut diperuntukkan kepada ibu bapa atau penjaga jika anak mereka disabitkan dengan kesalahan penggunaan kenderaan mikromobiliti lain menerusi pindaan keatas Sekysen 54 Akta Pengankutan Jalan 1957. Jelas beliau, hukuman ini diperuntukkan bagi memastikan ibu bapa atau penjaga menjaga tingkah laku anak mereka.



OHMEDIA: NAMPAKNYA IBU BAPA YANG ANAKNYA TERLIBAT DENGAN AKTIVITI BASIKAL LAJAK PERLU PEKA TENTANG HAL INI. KERAJAAN PUN PANTAU TENTANG BASIKAL INI, SELAIN DIUBAH SENDIRI, BASIKAL INI TURUT DIJUAL DI ONLINE SHOPPER. BENDA-BENDA MACAM LAGI GALAKKAN AKTIVTI BERBAHAYA INI.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca kadar denda basikal lajak dinaikkan di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 7/28/2020

0 comments:

Loading...