KJ Sambut Baik Akta Anti Lompat Parti Jika Wakil Rakyat Juga Dilarang Bertanding Selama 5 Tahun


Isu lompat parti oleh ahli politik menjadi satu topik yang agak hangat dibincangkan dan ia tidak boleh dibiarkan berlaku begitu sahaja. Lompat parti sesuka hati ini juga dilihat seperti mengkhianati undi rakyat yang akhirnya boleh memberi kesan yang buruk.

Oleh itu, Khairy Jamaluddin YB Rembau telah menyambut baik langkah yang telah diambil Dewan Undangan Negeri Selangor yang telah meluluskan usul mendesak Kerajaan Persekutuan menggubal Rang Undang-Undang Anti Lompat Parti ini.

Akta Anti Lompat Parti boleh diperkenalkan dengan syarat Akta Pilihan Raya juga dipinda sekali bagi memberi kelonggaran kepada wakil rakyat sekiranya dia tidak lagi bersetuju dengan parti dianggotainya sebelum ini dan boleh meletak jawatan serta bertanding sebagai calon Bebas. - Kata KJ.

Apa yang dicadangkan KJ ini juga merangkumi larangan bertanding sebagai wakil rakyat selama lima tahun sekiranya meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen atau Adun.

Suatu ketika dulu Tan Sri Shahrir Samad yang meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen yang mewakili Umno dan pada waktu itu pindaan belum lagi dibuat kepada Akta Pilihan Raya. Beliau bertanding sebagai wakil Bebas dan menang dalam pilihan raya itu. - Tambah KJ lagi.

OHMEDIA: SEKIRANYA AKTA ANTI LOMPAT PARTI INI DAPAT DILULUSKAN, IA AKAN MEMBERI PERINGATAN KEPADA MANA-MANA INDIVIDU AGAR TIDAK MEMENTINGKAN DIRI DAN INI JUGA BAGI MEMASTIKAN KESTABILAN POLITIK NEGARA TERJAGA.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca yang ikuti perkembangan politik negara di Facebook Oh! Media.





Sumber: Oh! Media