realme X50 Pro 5G Dilengkapi Dengan Cipset Tercanggih Di Dunia!


realme sekali lagi mengejutkan dunia dengan keluaran smartphone flagship terbaru mereka iaitu realme X50 Pro 5G guys. Pergh! realme ni memang siap terbang ahh. Korang rasa apa agaknya kejutan yang realme tawarkan pada smartphone realme X50 Pro 5G ni? Jom tengok!

realme X50 Pro Tampil Dengan Cipset Flagship


Kalau korang nak tahu, realme X50 Pro 5G ni dikuasakan dengan cipset Qualcomm Snapdragon 865 5G yang merupakan cipset termaju di dunia ketika ini. Qualcomm AI generasi ke-5 ni merupakan cipset paling terbaru dan tercanggih yang direka untuk memastikan prestasi yang sangat luar biasa pada realme X50 Pro 5G. Jadi, korang tak perlu risau lagi tentang prestasi smartphone ni gais.

Confirm smooth dan tak sekat-sekat


Dengan sambungan 5G yang sedia ada pula akan mudahkan korang untuk mengakses pengalaman AI kamera, audio dan game tanpa had guys! Bukan tu jer, Snapdragon 865 5G ni memang sangat laju sebab ia memberikan 15 TOPS prestasi AI yang sangat hebat. So korang dapat bayang tak betapa smooth giler dan confirm lah tak sekat-sekat bila pakai smartphone ni nanti.

Smartphone ni memang sesuai untuk gamers yang nak practise skill permainan mereka tu tanpa henti. Senang cerita, main game berapa jam pun memang tak terjejas lah dengan realme X50 Pro 5G ni!

Bagi yang kaki travel pula tak perlu risau kalau nak snap gambar yang berkualiti dengan pantas sebab ia dapat memproses 2 Gigapixel dalam sesaat jer guys.

Youtuber juga tak ketinggalan untuk menghasilkan video yang gempak dengan rakaman video 8K, siap ada sokongan Dolby Vision tau!


So yang terbang-terbang tadi tu dalam video promosi realme ni lah, serius gempak gila video diorang guys!

Dah Ready Dengan Speed Of The Future?


Mesti ramai yang tak sabar nak tahu apa lagi features menarik yang ada pada realme X50 Pro 5G ni kan? So jangan lupa janji temu korang untuk lihat sendiri kehebatan smartphone flagship dari realme ni pada 6 Julai bermula 11 pagi nanti di Facebook & Instagram rasmi realme ya guys.
Sumber: Oh! Media