Selepas Alami Kenaikan Berminggu-Minggu, Harga Runcit Petrol Kembali Menurun


Selepas mengalami kenaikan selama beberapa minggu selepas ekonomi negara dilihat kembali pulih berikutan tekanan wabak Covid-19 melanda, hari ini harga runcit minyak dilihat kembali turun.

Melihat kepada pengumuman harga baharu ini, RON95 dan RON97 masing-masing turun empat sen iaitu pada sekitar RM1.65 dan RM1.95 dan Diesel juga turut 2 sen iaitu pada harga RM1.84 seliter.

Harga ini seperti biasa akan bermula pada tengah malam ini sehingga 10 Julai 2020.

Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan serta kesejahteraan rakyat terus terpelihara. - Kenyataan dari Kementerian Kewangan.

Walaupun ada kenaikan dan penurunan harga runcit petrol pada ketika ini, bagi Ohmedia ia masih pada paras yang murah dan mampu mengurangkan beban rakyat, terutama dikala kita masih bergelut dengan ekonomi akibat Covid-19.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca yang gembira dengan penurunan minyak di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media