Xiaomi Mi Band 5 Secara Rasmi Masuk Ke Malaysia 24 Julai Ini!


Xiaomi Malaysia telah mengumumkan yang mereka akan bawa masuk Smart Band terbaru mereka di pasaran Malaysia iaitu Xiaomi Mi Smart Band 5 tak lama lagi guys. Bagi Ohmedia, ciri yang ada pada smart band Xiaomi ni dari dulu sampai lah Mi Band 4 sebelum yang terbaru ni sangatlah berbaloi dengan harganya untuk semua orang pakai tak kira usia.


Bagi pengguna model Mi Band sebelum ni mesti rasa leceh sikit sebab kalau nak cas kena bukak tali dia kan? Dengan Mi Band 5 ni, Xiaomi dah upgrade dan korang tak perlu lagi bukak tali dia tu bila nak cas sebab dia datang dengan magnetic charger yang lebih kurang sama dengan konsep Apple Watch.

Banyak lagi ciri tambahan yang ada dalam Mi Band 5 ni dan harga ia dijual dekat pasaran Malaysia pun masih belum tahu lagi. Jadi peminat Mi Band dekat luar sana tu dah bolehlah ready untuk beli Mi Band 5 ni nanti ya guys.

Kredit: lowyat

+ Baca respon pembaca smart band terbaru Xiaomi di Facebook Oh! Media.


Sumber: Oh! Media