Xiaomi Perkenalkan Mi Electric Scooter Pro 2 Yang Mampu Bertahan Sehingga 45km


Xiaomi baru jer memperkenalkan skuter pintar yang dinamakan Mi Electric Scooter Pro 2. Apa yang bestnya, skuter pintar dari Xiaomi ni akan ada edisi khas hasil kerjasama dengan Mercedes-AMG Petronas F1. Walaubagaimanapun, masih belum dapat tahu lagi sama ada edisi khas tu didatangkan dengan kelajuan yang lebih tinggi ataupun dari segi design.


Kalau korang nak tahu, Mi Electric Sooter Pro 2 ni boleh dibawa dengan kelajuan sehingga 25km/j guys. Bukan tu jer, skuter pintar ni boleh bertahan sehingga 45km perjalanan sekiranya dicaj penuh. Pergh! Boleh tahan jauh dia boleh pergi. Untuk fungsi keselamatan, ia dilengkapi dengan sistem dwi-brek, lampu hadapan.

Korang juga boleh membawa skuter di kemana-mana kerana ia boleh dilipat, senang giler guys. Berapalah agak-agaknya harga Mi Electric Scooter Pro 2 ni kan dan kalau beli satu, agak-agak stylo tak bila bawa masuk dalam mall? Apapun, kita tunggu sehingga skuter pintar ini dilancarkan nanti.

Kredit: gizmochina

+ Baca respon pembaca skuter pintar terbaru Xiaomi di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media