"Saya Suka Dengan Kaum Sejenis Itu Adalah Tidak Benar Sama Sekali" - Bekas Suami Lufya


Sepertimana yang kita tahu, rumah tangga diantara penyanyi Lufya Omar dan bekas suaminya, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum sudahpun berakhir selepas bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Shah Alam pada 17 Jun lalu.

Namun, ada yang mendakwa bahawa hubungan mereka terlerai disebabkan Dr Che Hafiz meminati kaum sejenis. Itu tidak benar ya gais! Menurut laporan Astro Gempak, bekas suami Lufya itu menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan penceraian mereka itu berlaku kerana tiada lagi persefahaman.

Dakwaan yang mengatakan saya suka dengan kaum sejenis itu adalah tidak benar sama sekali. Saya bukan gay. Takkan bila badan sado dengan ramai kawan lelaki terus dicop gay? Perceraian saya dengan Lufya bukan disebabkan saya suka lelaki ataupun ada orang ketiga. Tetapi kami tidak ada persefahaman dan beberapa perkara yang saya tak boleh kongsikan kepada umum.

Zaman sekarang ini bukan saya saja terkena, ramai lagi kat luar sana. Mereka boleh ja guna gambar saya untuk buat akaun palsu. Saya hanya ada akaun Facebook dan Instagram saja. Kalau nak kenal siapa individu sebenar di sebalik identiti saya itu ajak la dia keluar. 

Saya sebagai doktor takkan nak buat macam tu. Baik saya buat perkara yang mendatangkan faedah. Walaubagaimanapun, saya tetap memandang perkara ini serius sebab tak lama lagi saya akan buka sebuah klinik sendiri. Jadi saya taknak orang salah faham dan fikir bukan-bukan.

Saya tak salahkan netizen yang membuat andaian kerana mereka tidak tahu hal sebenar. Mereka hanya komen berdasarkan pengetahuan yang mereka tahu dengan dipengaruhi orang sekeliling. Saya nasihatkan kepada masyarakat supaya lebih berhati-hati dalam hal seperti ini. Jangan terlalu cepat percaya dengan isu yang belum pasti kesahihan dan kebenarannya.

Untuk pengetahuan, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum dan Lutfyah Sheikh Omar berkahwin pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang puteri yang bernama Laana Haura berusia tiga tahun.

OHMEDIA: LEPAS NI KORANG JANGAN BUAT ANDAIAN SENDIRI OKAY!

Kredit: Astro Gempak

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media