Catat Sejarah Sejak 35 Tahun Penubuhan, Wings Bakal Gegarkan Konsert Maya Pertama

Posted on Saturday, August 15, 2020 | 8/15/2020


Walaupun seakan menyepi, namun nama rockers Wings masih disebut-sebut peminat mereka. Iyalah, siapa je tak kenal rock band membawa lagu Taman Rashidah Utama, Misteri Mimpi Syakila dan Sejati ni kan. 

Wings dalam satu sidang media baru-baru ini mengumumkan satu kejutan istimewa untuk peminat. Apa yang tambah menarik, bukan saja untuk peminat di Malaysia, malahan di mana saja mereka berada. Menarik ni!

Kumpulan rock bertaraf living legend itu bakal menghiburkan peminat mereka dengan Konsert Wings Kita Merdeka 2020 secara online untuk menjaga penjarakan fizikal dalam usaha bersama memerangi Covid-19. Mesti peminat-peminat teruja dan tak sabar menanti tarikh konsert kan? 

Pertama dalam sejarah Wings


Konsert ini menjadi yang pertama dalam sejarah untuk Wings setelah 35 tahun berada dalam industri. Walaupun tidak berjalan seperti konsert sebelum-sebelumnya, rockers legenda ini menjanjikan persembahan memukau untuk dinikmati peminat di ruang selesa masing-masing.

Konsert Wings Kita Merdeka ini akan disiarkan secara live streaming di www.wingskitamerdeka.liveframe.my pada 29 Ogos ini bermula 7.30 malam. Untuk bersama-sama menggegarkan pentas digital konsert maya ini tiket berharga RM35 boleh mula dibeli di SINI dengan kod WKM001 untuk peluang menyertai cabutan bertuah.

Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 8/15/2020

0 comments:

Loading...