"Kerajaan Pandang Serius Pelanggaran Oleh Menteri" - Tan Sri Muhyiddin

Posted on Tuesday, August 25, 2020 | 8/25/2020



Panas baru-baru ini apabila berlaku pelanggaran kuarantin yang dilakukan oleh Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali setelah pulang dari Turki pada 7 Julai lalu. Tindakan beliau itu menyebabkan belia dikecam hebat di media sosial. Ramai yang mempertikai nilai denda yang diterima olehnya.

Ini kerana Datuk Dr Mohd Khairuddin didenda RM1,000 atas pelanggaran berkenaan berbanding dengan Makcik Gelang Pink viral yang dikenakan denda sebanyak RM8,000. Perkara ini menimbulkan persoalan kepada rakyat Malaysia khususnya.

Sumber gambar dari Berita Harian
Dia juga telah bertindak memulangkan 4 bulan jumlah gaji yang diterimanya bagi menyatakan permohonan maaf. Perkara ini telah menarik perhatian Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau berkata bahawa kerajaan memandang serius perkara yang dilakukan oleh menteri berkenaan.

Jelasnya, kerajaan Perikatan Nasional berpendirian bahawa setiap rakyat Malaysia berada di bawah undang-undang negara, tiada siapa terkecuali. Oleh itu, beliau agar pihak berkuasa menjalankan siasatan menyeluruh  dan mengambil tindakan yang sewajarnya mngikut lunas undang-undang.

OHMEDIA: BETUL TU, SETIAP RAKYAT MALAYSIA TERTAKLUK KEPADA UNDANG-UNDANG, NOBODY ABOVE THE LAW.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca perdana menteri respon tindakan menteri komoditi di Facebook Oh! Media




Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 8/25/2020

0 comments:

Loading...