Lambaian Terakhir Md Rayhan Untuk Semua Rakyat Malaysia

Posted on Saturday, August 22, 2020 | 8/22/2020



Petang tadi Ohmedia ada naikkan satu artikel yang menyatakan Md Rayhan warga Bangladesh yang dibawah tahanan Jabatan Imigresen akan dibawa pulang ke negara asalnya malam ini di KLIA.

Melihat perkembangan terbaru yang dikeluarkan Harian Metro ada menunjukkan lambaian terakhir dari Md Rayhan sebelum berlepas ke Bangladesh.

Pada jam 9 malam tadi, Md Rayhan dilihat diiringin pegawai JIM dan tangannya bergari. Bagaimanapun, Md Rayhan sempat memandang ke arah media yang berkumpul sambil memberi lambaian terakhir.

Untuk pengetahuan korang, Md Rayhan juga akan disenarai hitamkan daripada memasuki negara ini serta pas lawatan kerjanya juga akan ditamatkan serta merta.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 8/22/2020

0 comments:

Loading...