Lim Guan Eng Mengaku Tak Bersalah Minta Suapan Sebanyak RM3.3 Juta

Posted on Monday, August 10, 2020 | 8/10/2020



Episod rasuah melibatkan bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng bersambung hari ini dan dia sekali lagi mengaku tidak bersalah menggunakan kedudukan untuk menerima wang suapan sebanyak RM3.3 juta di Mahkamah Sesyen Butterworth hari ini.

Pertuduhan meminta suapan dari sebuah syarikat yang dilantik menjalankan Projek Pembinaan Jalan Utama dan Terowong Bawah Tanah itu dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Azhari Abdul Hamid.

Berikut adalah perincian bagi pertuduhan yang dikenakan terhadap Guan Eng.

Semasa menjawat sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, Guan Eng telah meminta wang suapan untuk dirinya sendiri sebanyak RM3,300.000 selepas membantu syarikat milik Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli yang bernilai RM6,341,383,702.

Jika bersalah, boleh dikenakan hukuman penjara 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca yang ikuti kes Lim Guan Eng ini di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 8/10/2020

0 comments:

Loading...