Makcik Gelang Pink Didakwa Di Mahkamah Hari Ini

Posted on Friday, August 14, 2020 | 8/14/2020



Siapa masih ingat lagi makcik gelang pink yang berada di sebuah kafe sehingga tular di media sosial gara-gara ingkar arahan kuarantin? Sepertimana yang kita tahu, kejadian itu telah berlaku di Bandar Meru Raya, Ipoh.

Menurut laporan Astro Awani, wanita tersebut dijangka didakwa di Mahkamah Majistret pada hari ini kira-kira pada pukul 9 pagi.

Cawangan Inspektorat dan Perundangan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak juga mengingatkan kepada media agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan mengamalkan penjarakan fizikal serta memakai pelitup muka.

Untuk pengetahuan, wanita itu digelar sebagai makcik gelang pink kerana melanggar arahan kuarantin Covid-19 dimana dalam perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah. Ohmedia harap lepas ni dah tak ada golongan gelang pink yang tular ya.

OHMEDIA: BERANI BUAT BERANI TANGGUNG.

Kredit: Astro Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.





Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 8/14/2020

0 comments:

Loading...