Panas sebelum ini mengenai kenyataan yang dibuat oleh pemilik perniagaan Hot Burger Malaysia, Asri Janggut terhadap anggota polis, termasuklah tentera. Kenyataan beliau itu jelas menimbulkan rasa kurang senang rakyat di negara ini terutama yang beragama Islam. Kesannya. sebuah kertas siasatan telah dibuka oleh pihak polis berdasarkan laporan polis yang dibuat Asri Janggut.
Namun begitu, Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Affendi Buang berpendapat bahawa kenyataan yang dibuat oleh Asri sebagai keterlaluan. Tambahnya lagi, kenyataan itu telah mengguris hati warga ATM terutama yang beragama Islam. Namun pihak ATM mengambil pendekatan untuk memaafkan Asri Janggut.
Sumber gambar dari Head Topics |
Kenyataan beliau disifatkan sebagai keterlaluan dan mengguris hati warga ATM terutama dalam kalangan mereka yang beragama Islam. Namun sebagai manusia biasa, kita tidak terkecuali daripada melakukan kesilapan.
Jelas Jeneral Tan Sri Affendi, memaafkan kesalahan orang lain adalah dituntut dalam agama. Tambahnya, dengan memaafkan bukan sahaja beri ketenangan pada jiwa dan hati pada pesalah bahkan juga kepada orang yang memaafkan.
Beliau menasihatkan agar kita sentiasa peka dan berhati-hati bila bercakap terutamanya dalam mengeluarkan kenyataan atau pandangan tanpa asas yang kukuh, yang mana mampu mencetuskan kontroversi dan kekacauan. Beliau juga berharap agar perkara berkenaan tidak lagi berulang pada masa akan datang.
OHMEDIA: BUANG YANG KERUH AMBIL YANG JERNIH. MANUSIA MEMANG TIDAK AKAN LARI DARI MELAKUKAN KESILAPAN.
Kredit: Berita Harian
+ Baca respon pembaca Panglima ATM maafkan Asri Janggut di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media