Ini Sebab Kenapa Anak Muda Jadikan Volkswagen Golf GTI Kereta Idaman


Mesti ramai dekat luar sana yang meminati dengan kereta Volkswagen termasuklah Ohmedia sendiri, tambah lagi Golf Gti yang merupakan model paling hot dikalangan anak muda dan Volkswagen yang terlaris dekat Malaysia. Pergh! Kereta tu memang idaman dari zaman sekolah sampailah sekarang, tapi tak mampu lagi nak pakai dan rasa sendiri.


Bukan setakat lawa jer, ada satu lagi nikmat yang ada pada Golf Gti ni iaitu sistem pada gearbox dia. Kalau korang perasan dekat gearknob dia ada tertulis Direct Shift Gearbox atau nama ringkasnya DSG. Pemanduan yang sangat superb boleh dicapai melalui gearbox ni disebabkan gear shifting’nya yang tersangatlah laju, kurang dari sesaat gais.


Gearbox dah best, enjin dia pula memang padu sebab Golf Gti ni bernadikan enjin 1,984cc dan hanya membawa berat body kurang dari 1,500kg. Bukan tu jer, siap dilengkapi dengan turbocharged lagi gais. Pergi dia memang berdesub lah cerita dia.


Laju-laju pun minyak dia still jimat tau. Nak tahu sebab apa? Petrol akan terus direct ke combusion chamber yang menjadikan tiada sebarang petrol pun akan terlepas dan tidak terbakar. Ohmedia nak cerita panjang-panjang pun tak boleh pasal Golf Gti ni sebab tak pakai lagi, lainlah kalau ada sebijik dekat rumah mesti dah review dan meracun korang sekali. Psst! Doakan semoga Ohmedia dimurahkan rezeki dan dapat memiliki sebuah Volkswagen Golf Gti satu hari nanti gais.

Kredit: EZ Motorwork

+ Baca respon pembaca kereta idaman anak muda di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media